Aktiviti berbasikal kini makin popular dalam kalangan orang ramai. Pun begitu, sikap segelintir penunggang yang sambil lewa membuatkan kerajaan akhirnya mengeluarkan akta undang-undang ke atas mereka yang pentingkan diri sendiri.
Misalnya dengan mengenakan kompaun sekiranya mereka berbasikal di lebuh raya seperti kejadian yang tular beberapa hari kebelakangan ini.
Bawa anak berbasikal di laluan sesak
Selain itu, tindakan sepasang suami isteri ini juga boleh dikategorikan amat berbahaya kerana membawa anak mereka yang masih kecil ketika membuat aktiviti berbasikal.
Lebih menggerunkan lagi, jika kita lihat menerusi perkongsian pemilik akaun Facebook bernama ZDY, pemilihan kawasan mereka jelas sekali tidak bersesuaian kerana laluan tersebut merupakan laluan utama bagi kenderaan berat seperti kereta dan juga motor.
"Jalan tak sesuai"
Susulan perkongsian, tak dinafikan ruangan komen agak dingin dengan pelbagai respon yang rata-ratanya berang dengan sikap pasangan itu.
Tinggalkan Komen