Niat awal individu yang ingin buat 'review' makanan tidak kesampaian apabila makanan tersebut tidak sengaja disepak oleh rakannya yang kebetulan juga sedang membuat 'content' Tiktok.
Pasrah 'member' tersepak makanan
Menerusi perkongsian video ini, dia yang pada ketika itu berada di belakang terkejut apabila kawan perempuannya meluru berlari sehingga tidak sengaja berbuat demikian.
Tidak mampu berkata apa-apa, dia hanya terdiam dan bersabar selain akui bahawa video tersebut dimuat naik bukan untuk meraih perhatian, namun sekadar ingin berkongsi kisah yang langsung tidak dirancang.
"Maaf aku ketawa"
Menjengah pula ke ruangan komen, tak dinafikan rata-ratanya menganggap ia sekadar lakonan sehingga ada yang kurang senang dengan tindakan mereka mempermainkan makanan.
"Edit kurang rapi ni"
"Rezeki dibuat main"
"Lebih baik cari lain"
Namun, tak kurang juga yang turut kesal dengan wanita berkenaan sehingga meminta agar dia mencari pasangan yang elok dan lebih tahu menghormati.
Tinggalkan Komen