Terkilan rakan artis 'throwback' babak di ranjang, Raja Farah harap pelaku mohon maaf

Susulan tular sorotan video yang menyaksikan sesi temu bual rakan artis dalam sebuah program TV berhubung perkongsiannya, tidak semena-mena nama Raja Farah kini menjadi bualan dalam kalangan wargamaya.

Babak di ranjang jadi topik temu bual

Menerusi muat naik video di Twitter, individu itu tanpa segan berkongsi pengalamannya sewaktu berlakon bersama Raja Farah yang mana babak tersebut telahpun dipotong kerana merakamkan aksi di ranjang.

 

 

Respon Raja Farah dan suami

Tidak mendiamkan diri, Raja Farah dan suami kemudian tampil memberi respon video tular itu kerana merasakan maruahnya tercalar apabila aibnya menjadi topik dalam program rancangan tersebut.

"Kami faham anda tunjuk karya seni tu, tapi tak perlu kot buka aib macam tu...apatah lagi kalau dia dah kahwin dan dia juga seorang wanita muslim."

"Bagi saya, orang yang cakap tu umpama orang yang jahil lah sebab tak mungkin dia akan ungkapkan dekat adik perempuan, kakak atau ibu dia..."

-Suami Raja Farah-

"Saya rasa tak dihormati"

Dalam pada itu, Raja Farah akui turut terkesan dengan tindakan individu terbabit dan berharap agar dia meminta maaf walau dengan cara apa sekalipun.

"Saya tak nak panjangkan isu dan kita nak tutup hal ni..."

"Saya memang terkesan sebab saya rasa macam tak dihormati..."

"Saya harap pelaku minta maaf, tak kisahlah secara terbuka atau peribadi..."

-Raja Farah-

 

Anda masih keseorangan?

1,009,887 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen