Akui kesilapan diri, Fauzi Nawawi mohon maaf buka aib Raja Farah. -"Saya terlepas cakap..."

Selepas namanya menjadi sebutan wargamaya susulan tular video sebuah program rancangan TV, pelakon Fauzi Nawawi akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

 

Fauzi Nawawi buat permohonan maaf terbuka

Permohonan maaf itu dibuat sekaligus bagi membersihkan semula nama baik Raja Farah, suami dan juga ahli keluarga yang terkesan dengan tindakannya itu.

 

"Program tu dah lama sebenarnya, tapi saya tak tahu tujuan dia 'upload' balik."

"Apapun saya nak minta maaf dekat individu yang terkesan terutamanya Raja Farah dan suami serta seluruh ahli keluarganya..."

-Fauzi Nawawi-

Dah minta pihak produksi padam

Selain itu, pelakon veteran itu turut mendedahkan bahawa selepas selesai sesi rakaman, dia telahpun meminta agar pihak produksi memadam mana-mana babak yang tidak sepatutnya, namun tidak menyangka lain pula yang jadi.

"Saya dah minta produksi potong atau 'censored' mana-mana babak yang tak sepatutnya. Maklumlah bila sembang dengan lelaki memang akan terlepas cakap."

-Fauzi Nawawi-

Susulan insiden, Fauzi dihujani pelbagai tohmahan serta cacian dari warga netizen. 

Bagaimanapun, dia akui kejahilannya dan akan perbaiki diri agar menjadi yang lebih baik selepas ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen