Ubah kandang ayam jadi dewan kahwin, sentuhan kreatif perunding majlis jadi perhatian

Sudah menjadi tugas seorang perunding perkahwinan untuk mempersiap segala atur cara majlis bersesuaian dengan keinginan pasangan pengantin.

Pun begitu, dalam memastikan kelancaran majlis, tak dinafikan mereka akan berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan seperti yang terjadi kepada individu ini.

Majlis akad nikah pengantin di kandang ayam?

Menerusi muat naik video pemilik akaun A dreamer, dia yang juga merupakan seorang perunding perkahwinan telah berkongsi perjalanan kisahnya dengan tim ketika mengendalikan sebuah majlis.

 

 

Difahamkan, pasangan pengantin memilih kandang ayam untuk dijadikan dewan sewaktu bersanding dan akad nikah. Hal ini adalah kerana mengenangkan tiada lokasi yang dibuka sempena Perintah Kawalan Pergerakan sepanjang Covid-19 ketika itu.

Sentuhan ajaib tim jadi perhatian

Jika dapat dilihat suasana kandang itu agak bersepah dan kotor dipenuhi dengan debu serta barang yang banyak. Sekali pandang rasa macam mustahil untuk tim A Dreamer mempersiapkan itu sesuai dengan keinginan pelanggannya.

Walaubagaimanapun, siapa sangka mereka mampu mengubah kandang itu menjadi sebuah dewan yang sangat indah. Suasana di dalam dewan juga terlihat seperti berada di dalam Istana.

Susulan perkongsian, rata-rata wargamaya terkesima melihat sentuhan kreatif perunding majlis itu dan pasukannya. Kesungguhan mereka dipuji kerana hasilnya benar-benar di luar jangkaan mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen