"Phang khang..." - Cuba tiru isteri cakap Melayu, 'slang' 'Mat Salleh' comel habis!

Oleh: Shasha Zack

Jodoh tak mengira bangsa, perkahwinan campur semakin diterima dan menjadi ikutan bagi rakyat Malaysia.

Begitu juga halnya bagi seorang pengguna Tiktok, Rhainna Natasha yang bersuamikan seorang jejaka Syria bernama Abdul Aziz Murad.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah video yang dimuat naik oleh Rhainna, di mana suaminya cuba meniru percakapannya dalam Bahasa Malaysia.

"Gewram lahh... Tacoood.."

Video yang berdurasi 16 saat itu menunjukkan Rhainna meminta suaminya mengajuk percakapannya.

Secara spontan, suaminya terus mengeluarkan beberapa perkataan yang sering disebutkan oleh isterinya. Justeru slang pertuturannya mengundang perhatian dari netizen. 

"Tutorial dapat suami macamtu please..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi dengan meminta tutorial serta tunjuk ajar bagaimana mahu bersuamikan jejaka luar negara.

Malahan, ada juga yang berhasrat ingin mencari suami luar negara. 

"Sis takde ke video akad nikah..."

Tidak kurang juga dengan netizen yang turut tertanya-tanya bagaimana agaknya Abdul Aziz melafazkan akad nikah sewaktu majlis pernikahan mereka.

Rhainna yang berbangga dengan pencapaian suaminya, berkongsi video akad nikah mereka. 

"Wahh the effort..."

Ruangan komen dibanjiri dengan pujian yang diberikan oleh netizen buat suami Rhainna atas usahanya melafazkan akad nikah mereka dalam Bahasa Melayu.

Malahan ramai juga yang turut mendoakan perkahwinan mereka bahagia hingga ke jannah.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen