Tiada niat perlekeh aib artis, Khir Rahman mohon maaf dan harap henti 'viralkan' video

Kecoh di media sosial hari ini akan isu membabitkan pelakon Raja Farah dan beberapa rakan artis yang terlibat dalam sebuah program rancangan TV.

Menurut pelakon wanita itu, maruahnya tercalar apabila aibnya sesuka hati dibuka sewaktu rancangan itu bersiaran di kaca televisyen sehingga menjadi bualan hangat dalam kalangan wargamaya.

Khir Rahman pula mohon maaf

Mengambil maklum akan video yang tular, hos rancangan tersebut iaitu Khir Rahman membuat permohonan maaf secara terbuka selepas tetamu undangan mereka iaitu Fauzi Nawawi turut berbuat demikian.

Permohonan maaf secara terbuka itu telah dibua Khir Rahman di laman Instagram miliknya beserta dengan penjelasan ringkas bagi menjernihkan semula keadaan.

 

 

"Saya secara peribadi sebagai pengkarya muslim, tak mungkin akan memperlekeh atau meraikan isu yang diperbualkan..."

"Saya ingin sekali lagi memohon maaf pada beliau dan seluruh keluarga beliau, bahawa saya menjadi 'sauh' dalam program ini bukan untuk buka aib sesiapa..."

-Khir Rahman-

Harap henti sebar video

Dalam pada itu, Khir Rahman turut berharap agar individu di luar sana berhenti menyebarkan video tersebut kerana mempunyai unsur keterlanjuran dan maruah yang perlu sama-sama dijaga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen