Isu kenyataan pelakon terkenal, Fauzi Nawawi dalam sebuah talkshow masih lagi hangat diperkatakan. Mana tidaknya, ramai netizen seolah-olah masih tidak berpuas hati walaupun aktor berkenaan telah pun meminta maaf.
Turut terkena tempias perkara tersebut adalah anak aktor tersebut Hanna Faresha yang merupakan personaliti media sosial.
Anak pun tak setuju kenyataan bapa.
Menerusi kenyataannya di Instastory miliknya, dia dengan rendah diri meminta maaf bagi kesilapan yang telah dilakukan oleh bapanya.
Malah, dia turut tidak bersetuju akan kenyataan tersebut memandangkan dia juga seorang wanita namun berharap perkara tersebut memberi pengajaran kepada semua orang terutama keluarganya.
“Saya dengan merendah hati memohon maaf atas kesilapan ayah saya. Sebagai seorang wanita, saya juga tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dan terkesan.
“Saya berharap kesilapan ini dapat dijadikan pengajaran buat kita semua, terutama kepada keluarga kami,” kongsinya.
Dalam pada itu, dia juga tidak boleh mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu memandangkan tidak berada di tempat kejadian secara langsung Hanna juga berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi.
“Saya tiada ditempat kejadian dan tidak terlibat secara langsung dalam hal ini. Oleh itu biarlah beliau selesaikan hal ini dengan pihak yang terkesan. Harap tidak lagi diperbesarkan,” tulisnya.
Bahkan, Hanna juga meminta agar semua netizen berhenti memberikan komen yang tidak sepatutnya kepada dia dan ahli keluarganya.
Melihat ke ruangan komen posting Instagram anak aktor berkenaan, rata-rata memberi kata-kata semangat namun ada juga yang mengecam gadis tersebut.
Tinggalkan Komen