Selalu nampak ayah garang, gadis tak sangka kali pertama kenalkan BF ayah setuju terus bertunang

Oleh: Shasha Zack

Tidak dinafikan, terdapat ibu bapa yang terlampau strict dan overprotective terhadap anak-anak mereka.

Semua itu dilakukan demi kebaikan dan masa anak-anak yang terjamin.Begitu juga yang terjadi kepada Alia Armani.

Dia berkongsi video Tiktok mengenai pertunangannya dan menyatakan keterujaan rentetan penerimaan ayahnya tanpa sebarang halangan.

"Bila dia datang merisik, ayah terus onz tunang..."

Video yang dimuat naik Alia Armani telah meraih 23.7 ribu tontonan itu menceritakan kronologi penerimaan ayahnya terhadap teman lelakinya.

Dia berkata lagi, teman lelakinya adalah lelaki pertama yang datang ke rumah untuk berjumpa ayahnya. Hal ini demikian kerana semua kenalannya mengetahui betapa garangnya sikap bapanya itu.

"Muka tunang macam ayah lah..."

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berpendapat bahawa penerimaan ayah Alia adalah kerana muka tunangnya yang serupa dengannya.

Malah hal itu turut dipersetujui ramai malahan ada yang berseloroh bahawa Alia kelihatan seperti menantu.

"Muka you macam Ayda Jebat..."

Rentetan dari video pertunangan mereka yang viral, ramai netizen yang turut perasan bahawa wajah Alia Armani persis pelakon Ayda Jebat.

"Sebab ramai sangat cakap macamni..."

Alia Armani yang menyedari komen tersebut, turut membalas dengan sebuah video susulan.

Didoakan semoga perkahwinan mereka kelak berlangsung dengan baik.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen