Tiada niat larikan diri, Shuk mohon maaf isu sembang babak 'panas' dengan Fauzi Nawawi

Selepas lama mendiamkan diri susulan kontroversi sembang babak 'panas' dengan Fauzi Nawawi dalam sebuah program realiti TV, akhirnya Shuk tampil membuat permohonan maaf.

"Bukan sebab saya larikan diri..."

Menurut Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, bukan niatnya ingin lari dari masalah, namun lebih memilih untuk mengunci mulut kerana enggan isu tersebut berlanjutan.

"Kalau boleh saya tak nak mengulas isu ini lebih lanjut. Bukan sebab saya nak larikan diri tapi apa yang berlaku ini melibatkan ramai pihak...bukan saya seorang sahaja."

"Saya risau juga kalau saya tersalah cakap atau bercakap lebih mengenai isu tersebut, ia akan beri kesan kepada pihak lain."

-Shuk Sahar-

Janji lebih berhati-hati

Selain memohon maaf kepada pihak Raja Farah, Shuk turut memohon maaf kepada semua pihak yang tergores hati dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam setiap percakapan di masa akan datang.

"Tapi bagi pihak saya sendiri, dengan rasa rendah hati saya ingin mohon maaf kepada semua pihak yang tergores hati selepas menonton program tersebut. Saya tiada niat apa-apa pun."

"Insyaa-Allah selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap kandungan program dan percakapan. Saya harap semua orang boleh mendoakan agar semua perkara menjadi lebih mudah."

-Shuk Sahar-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen