Didakwa atas kesalahan rasuah, dua pegawai SPRM tak cukup tanah lari keluar mahkamah

Tular sebuah video hari ini menyaksikan tindakan dua orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berlari laju keluar dari Mahkamah Seksyen.

Difahamkan, kedua-duanya didakwa atas pertuduhan sama iaitu terlibat dalam aktiviti rasuah.

Pegawai SPRM didakwa terlibat rasuah

Memetik laporan Malaysia Gazette, salah seorang tertuduh iaitu Amir Izham mengaku bersalah manakala seorang lagi, Wan Kamarul Zai'im Mansor mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa memperdayakan seorang individu dengan mendorongnya memberi mereka wang tunai RM40,000 dengan balasan kononnya mereka boleh bantu selesaikan kes yang disiasat SPRM.

Mohon jaminan dikurangkan

Walaubagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya menawarkan jaminan RM35,000 terhadap kedua-dua tertuduh dengan seorang penjamin selain pasport antarabangsa perlu diserahkan kepada mahkamah.

Namun, Wan Kamarul memohon jaminan dikurangkan kepada RM10,000 kerana tertuduh perlu menanggung isteri yang hamil tiga bulan serta empat anaknya.

Sementara itu, mahkamah menetapkan 24 November sebagai tarikh sebutan semula kes.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen