Tinggalkan zaman duda, Fizo Omar nikahi bekas pramugari?

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagaikan menjawab desas-desus sebelum ini, tindakan pelakon, Fizo Omar memuat naik gambar lengkap berbaju Melayu putih bersama anaknya, Wan Maryam di Instagram mendapat perhatian ramai.

Fizo Omar selamat tinggalkan zaman duda?

Menerusi Instagram Fizo, gambar seolah-olah sudah melangsungkan pernikahan itu turut diletakkan bersama kapsyen yang menyatakan bahawa dia meninggalkan satu kumpulan ‘terpakai’.

“Ok abe joe left group 'recond' dulu k. Pape roger k.” – Fizo Omar

Dalam posting tersebut, Fizo turut memetik nama tiga rakan artis lain iaitu Sharnaaz Ahmad, Nazim Othman dan Azlee Khairi yang masing-masing berstatus duda.

Meskipun belum lagi mengesahkan pernikahan tersebut namun Fizo dilihat sudah meninggalkan status dudanya.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen mengucapkan tahniah selain turut berteka teki siapakah yang berjaya menambat hati pelakon berkenaan.

Netizen turut mendakwa Fizo telah bernikah dengan wanita yang juga bekas pramugari dari Sarawak dan majlis pernikahan dipercayai berlangsung di Janda Baik, Pahang.

Kahwin dengan siapa?

Tahniah!

Ini isteri Fizo Omar?

Bagaimanapun, muncul pula satu akaun Instagram dikenali Fizo Faz yang baru sahaja wujud menggunakan gambar profile Fizo bersama anaknya.

Malah, akaun tersebut diwujudkan itu turut memuat naik dua hantaran gambar wanita berbusana perkahwinan berwarna putih sedang menanti pengantin lelaki menyarung cincin di jari berserta kapsyen ‘Alhamdulillha’.

Malah, nama seorang pengguna Instagram juga menjadi sebutan netizen yang mendakwa itu merupakan isteri kepada pelakon berkenaan.

Untuk makluman, Fizo  pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013 dan dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam. Bagaimanapun, mereka bercerai pada Julai 2019.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen