Majlis hanya dihadiri keluarga terdekat, Fizo sah milik Fazeera

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak malam tadi, netizen dikecohkan dengan foto pelakon Fizo Omar yang lengkap berbaju Melayu putih bersama anak perempuannya, Wan Maryam di akaun Instagram miliknya.

Malah, netizen juga berteka teki siapa wanita yang bertuah memiliki pelakon berdarah Kelantan itu sehingga nama bekas pramugari menjadi sebutan.

Bagaimanapun persoalan itu terjawab apabila satu akaun Instagram yang dikenali sebagai Fazeeranazriz memuat naik foto Fizo dan pasangan di InstaStory.

Memetik laporan mStar, pengurus aktor berkenaan mengesahkan bahawa Fizo telah selamat bergelar suami dalam satu majlis yang diadakan pada pagi Khamis semalam.

Menurut pengurusnya, Mimi, Majlis tersebut diadakan secara tertutup di sebuah lokasi Bidasari Resort, Janda Baik, Pahang kira-kira jam 10 pagi.

“Alhamdulillah pagi semalam, Fizo buat majlis secara tertutup hanya famili terdekat sahaja yang datang.

“Tunggu nanti InsyaAllah Fizo sendiri akan umumkan dan dedahkan siapa suri hati dia,” katanya.

Apa-apa pun tahniah diucapkan buat kedua-dua pasangan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen