Masa 'pregnant' suka pakai 'contac lens', sekali bila 'keluar' dapat anak mata warna kelabu

Oleh: Shasha Zack

Petua orang tua-tua, jika mengandung jangan lakukan perkara yang tidak elok kerana khuatir ianya diwariskan kepada anak yang bakal lahir.

"Bila kau time pregnant suka pakai lens..."

Namun lain pula halnya dengan pemilik akaun Tiktok, @eikaatikaa yang berkongsi pengalamannya yang suka memakai kanta lekap sewaktu mengandung.

Video pendek yang berdurasi 16 saat itu meraih tontonan 108.1 ribu dari netizen yang mengakui kecantikan mata anaknya yang baru lahir.

"Cantiknya mata anak sis..."

Menjengah ke ruangan komen, netizen sememangnya memuji mata anak wanita ini. Ternyata memang sangat cantik dan menyerupai memakai kanta lekap.

"Masa mengandung pakai lens, noted..."

Terdapat juga netizen yang berseloroh akan menjadikan perbuatan wanita ini sebagai tips semasa mengandung.

Malah, ada juga yang mengatakan ingin memakai lens berwarna biru dan sebagainya.

"Masa mengandung suka pakai eyelash extention, baby keluar bulu mata panjang..."

Ada juga para ibu yang meninggalkan komen menceritakan pengalaman sewaktu mengandung masing-masing menceritakan apa yang mereka pakai semasa mengandung, akan memberi kesan saat anak mereka lahir.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen