Gelagat peserta Master Chef Indonesia sekali lagi menjadi perhatian pengguna Tiktok yang mana ianya berlaku sewaktu juri ingin mengumum penyingkiran pada musim tersebut.
Peserta Master Chef buat hal lagi
Menerusi perkongsian video oleh Sakti Murcd, suasana dewan memasak yang tegang dan pilu bertukar lucu susulan menyaksikan gelagat peserta wanita berdepan detik sukar apabila bulu mata palsunya tiba-tiba tercabut.
Bulu mata tiba-tiba tercabut ketika nangis
Kejadian itu berlaku sewaktu dia sedang mengesat air matanya dan tidak semena-mena ianya turut ikut tercabut. Lebih tidak menyangka lagi, detik itu turut disaksikan para barisan juri di hadapannya dan peserta lain.
"Tak bernafas aku gelak"
Menjengah pula ke ruangan komen, rata-ratanya mulai memenuhi dengan emoji ketawa selain akui pecah perut melihat gelagat peristiwa yang tidak disengajakan itu.
"Paling banyak drama tapi menghiburkan"
"Ampuni dosaku tengok video ni"
Tinggalkan Komen