Siap hantar dalam bilik, 'rider' Foodpanda terpaksa kejut 'customer' tidur nak tuntut bayaran

Oleh: Zuzu Yasmine

Memang tidak dinafikan, bekerja sebagai penghantar makanan ini mempunyai pelbagai kisah disebaliknya. Ada kisah suka dan duka yang perlu mereka hadapi setiap hari.

'Service' sampai ke bilik

Kali ini, menerusi satu video yang dimuat naik oleh pengguan TikTok dikenali sebagai @maryamlegacy telah berkongsi kisah lucu yang melibatkan penghantar makanan.

Rakaman video berdurasi 27 saat itu memaparkan seorang ‘rider’ FoodPanda terpaksa masuk ke dalam rumah gara-gara ingin mengejutkan pelanggannya dari tidur.

Difahamkan, pelanggan tersebut tidak membuat bayaran atas talian namun ‘cash on delivery’ membuatkan rider FoodPanda terpaksa masuk ke dalam dan mengejutkannya sendiri.

Dalam video tersebut juga memaparkan pelanggan berkenaan yang masih baring bangun dan mengeluarkan duit untuk diserahkan kepada rider berkenaan selepas dikejutkan berkali-kali.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen terhibur akan perkongsian tersebut selain turut berseloroh bahawa tugas seorang rider semakin lama semakin berat.

Baru betul hantar terus kepada anda

Nasib tak dengan motor sekali

Kena bagi tips lebih tu

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen