Muat naik gambar berdua bersama Ashraf Muslim, netizen persoalkan niat Mawar Karim

Oleh: Zuzu Yasmine

Gara-gara memuat naik foto di Instagram bersama pelakon Ashraf Muslim, selebriti dan usahawan tudung, Mawar Karim menjadi perhatian netizen.

Gambar disalah erti netizen.

Difahamkan, Mawar kini menunaikan umrah di Mekah manakala Ashraf pula sudah tiba seminggu lebih awal dengan kumpulannya selepas hampir dua tahun negara berdepan Covid-19.

“Yalla yalla Hajj (haji) @ashrafmuslim ana la thlatha (saya bukan yang ketiga),” tulis Mawar di ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, foto tersebut disalah erti oleh segelintir netizen yang mempersoalkan niat usahawan berusia 32 tahun itu malah, ada juga yang bertanya sekiranya Mawar berhasrat menjadi ‘yang ketiga’ memandangkan pelakon tersebut sudah memilik dua isteri.

Nak jadi yang ketiga ke?

Lain macam je

Namun ada juga yang menyatakan bahawa sekadar bergambar memandang terserempak di sana dan perkara tersebut juga telah dijelaskan di kapsyen yang ditulis.

Terjumpa la kot

Dah cakap bukan yang ketiga tu

Pergi bersendirian.

Dalam pada itu, Mawar turut memaklumkan pemergiannya ke Tanah Suci kali ini bersendirian dan tidak ditemani anaknya mahupun ahli keluarganya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen