Kak Lina selamat bersalin, pilih nama Haider Mateen untuk 'baby boy'

Oleh: Zuzu Yasmine

Terbaru, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor pada jam 12.23 pagi tadi.

Perkara tersebut dikongsikan di Instagram miliknya dengan memuat naik sekeping foto yang memaparkan suaminya Mohamad Azlan Che Nuh bersama bayi berkenaan.

Dalam pada itu, Elly memaklumkan dia dan anak keduanya berada dalam keadaan sihat selain bersyukur segala urusan kelahiran dipermudahkan.

“Alhamdulillah mama & bayi sihat. Terima kasih segala doa. Terima kasih suami & manja (anak pertama) jaga mama sepanjang mengandung hingga bersalin..

“Alhamdulillah kita ada orang baru. Bertambah seorang lagi dalam keluarga comel kita. Alhamdulillah syukur Ya Allah,” tulisnya.

Malah, pelakon berusia 40 tahun itu turut berkongsi nama pilihan anak mereka iaitu Haider Mateen.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen mengucapkan tahniah atas kelahiran putera sulung itu selain mendoakan agar anak pasangan ini membesar dengan baik kepada kedua ibu bapanya.

Tahniah & selamat berpantang

Alhamdulillah

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen