"Simpan buat kenangan..." - Ingat ada orang masuk minang, rupanya terima cincin perpisahan

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap insan pasti mahu hidup berpasangan dari menjalinkan hubungan cinta sehinggalah diikat dengan satu hubungan yang sah iaitu pernikahan.

Walau bagaimanapun, tak semua impian tersebut terlaksana kerana tidak tidak mampu merancang takdir yang berlaku.

Kekasih beri cincin tanda perpisahan.

Hal ini sama seperti berlaku kepada pengguna TikTok dikenali sebagai @miss_anaaaa apabila berkongsi kekecewaan melalui platform berkenaan.

Menerusi video tersebut, dia telah menyatakan bahawa dia menerima cincin dari kekasih hatinya dan ibunya teruja serta beranggapan bahawa anaknya itu bakal mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, sebaliknya pula yang berlaku apabila cincin tersebut disertakan dengan nota bahawa kekasih hatinya memutuskan hubungan dengannya.

“Simpanlah buat kenangan. Saya minta maaf salah silap saya. Kalau tak nak simpan terpulang dekat awak nak buat apa. Semoaga bahagia. Saya sayang awak,” tulis di nota berkenaan.

"Semoga awak bahagia."

Meskipun kecewa akan perkara tersebut, dia tetap mendoakan yang terbaik buat kekasihnya itu dan mendoakan kebahagiaan buat dirinya.

“Awak dah block semua. Tapi saya tahu awk tengok video ni, sorry tak dapat jadi yang terbaik, saya doa Allah hadirkan seseorang yang terbaik untuk awak. Semoga awak bahagia,” tulis wanita berkenaan di ruang kapsyen.

Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen memberikan kata semangat kepada wanita berkenaan selain turut berkongsi pengalaman yang hampir sama.

Bersabarlah, mungkin ada hikmah

Moga bertemu yang lebih baik

Kita sama team, kena block juga

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen