Hilangnya permata negara, Mamat Khalid meninggal dunia

Oleh: Shasha Zack

Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian pengarah terkenal negara, Mamat Khalid akibat serangan jantung.

Berita pemergian Mamat Khalid, 58 yang dilaporkan menerusi Facebook Din Dressa berlaku pada awal pagi hari ini.

"Dukacita dimaklumkan bahawa Mamat Khalid telah meninggal dunia..."

Melalui posting yang mengejutkan itu,  Din Dressa yang mengkhabarkan berita kematian ini turut mencoretkan kata-kata penghargaan buat jasa Allahyarham Mamat Khalid kepada indistri seni tanah air.

"Allahyarham pengsan di restorannya..."

Allahyarham Mamat Khalid dipercayai rebah di restorannya, Sarang Art Hub di Tanjung Malim, Perak sebelum segera dikejarkan ke Hospital Slim River dan disahkan meninggal dunia.

Allahyarham Mamat Khalid meninggalkan seorang isteri, Hasmah Hassan dan 5 orang anak.

"Negara kehilangan bakat yang tiada pengganti..."

Berita mengejutkan ini tentunya menarik perhatian ramai pihak. Malahan, rakyat Malaysia turut menitipkan doa dan ucapan takziah buat Allahyarham Mamat Khalid.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Ipoh, pagi ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen