Gadis Sabah 'seludup' satu luggage roti Gardenia bawa balik sana - "Sorry lah di sana tiada..."

Oleh: Shasha Zack

Siapa sahaja yang tidak menggemari roti jenama Gardenia bukan? Malahan, perisanya yang pelbagai, menjadikan roti ini pilihan ramai di sini.

Begitu juga halnya dengan seorang gadis dari Sabah yang telah memuat naik satu video berkenaan 'penyeludupan' roti ini di laman Tiktoknya, @loanameg.

"Apabila mo balik Sabah..."

Apa yang menarik perhatian netizen adalah gelagat @loanameg dalam video yang berdurasi 16 saat itu, menunjukkan pelbagai jenis roti yang disusun cantik dalam sebuah beg luggage

"Harganya macam harga emas 916..."

Menjengah ke ruangan komen, ternyata rakyat dari negeri Sabah dan Sarawak meluahkan perasaan terkilan mereka mengenai harga roti Gardenia di sana yang sangat mahal.

Malah ada yang menyamakan harga market roti tersebut sama dengan harga emas.

"Kakak saya dah suruh bawak roti tu banyak-banyak..."

Ada juga netizen yang berkongsikan cerita di mana sebelum mereka pulang semula ke Sabah, mereka haruslah membawa pulang roti yang sama seperti yang dipesan oleh ahli keluarga. 

"Sekejap je licin, tak sempat expired..."

Terdapat juga netizen yang berkongsi pengalamannya yang sangat menggemari roti ini sehinggakan tidak sempat bertemu tarikh luput, sudah habis dimakan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen