"Malaysia sunyi tanpa jenakamu, Mamat..." - Afdlin Shauki

Oleh: Shasha Zack

Berita pemergian lagenda seni, Mamat Khalid ternyata memberikan kesan yang sangat mendalam terutamanya bagi rakan-rakan seperjuangan dalam industri hiburan.

Hal ini dapat dilihat apabila ramai yang berkongsi kenangan, kesedihan dan penghormatan terakhir buat Allahyarham di laman sosial masing-masing.

"Abang seangkatan dan seniman yang aku hormati..."

Menerusi satu posting yang dimuat naik oleh Afdlin Shauki, beliau telah berkongsi gambar kenangan mereka bersama dengan coretan kata-kata yang cukup mengundang sebak netizen.

"Saudara seperjuangan. Abang seangkatan dan seniman yang sangataku hormati telah pulang ke Rahmatullah. Semoga Allah SWT menempatkan rohnya dalam kalangan mereka yang disayanginya."

"This is too painful for me..."

Sementara itu, antara yang turut mengundang sebak netizen adalah posting dari Puan Sri Tiara Jacquelina yang menceritakan sedikit sebanyak kisah mereka sepanjang bekerjasama bersama.

Malahan, coretan panjang tersebut turut menterjemahkan rasa terkilan beliau kerana tidak dapat berjumpa dengan arwah buat kali terakhir.

"Seorang tentera sejati dalam dunia kreatif perfileman negara..."

Memetik laporan Utusan, beberapa rakan artis turut mendedikasikan ucapan buat pengarah tersohor tersebut. Antaranya adalah Harith Iskandar yang berkongsi penghormatan buat arwah sebagai lagenda yang selayaknya dihormati.

"Sedih mendengar pemergian Mamat Khalid. Seorang tentera sejati dalam dunia seni kreatif dan perfileman negara. Seorang lagenda yang selayaknya dihormati."

Sharifah Aleya juga tidak ketinggalan dalam berkongsi kenangan apabila Allahyarham Mamat Khalid adalah insan yang pertama mencungkil bakat lakonan dalam dirinya dan memberi satu watak yang kekal menjadi ingatan masyarakat.

"Dia lah yang bertanggungjawab untuk salah sebuah watak yang cukup memberi kesan dalam kanvas seni saya. Terima kasih meminjamkan 'Chah' untuk saya, Abang Mamat..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen