Undang-undang terbaru kerajaan Arab Saudi, Air Zam Zam kini barang terlarang?

Oleh: Shasha Zack

Apabila mendapat peluang untuk mengerjakan haji atau umrah, sudah tentu peluang ini akan digunakan oleh umat Islam untuk membawa pulang Air Zam Zam ke tanah air.

"Undang-undang baru Arab Saudi?

Namun, tular baru-baru ini dalam sebuah perkongsian oleh @masjidbesi di laman Tiktoknya yang menceritakan tentang undang-undang baru diperkenalkan oleh kerajaan arab Saudi.

Undang-undang tersebut melarang kemasukan Air Zam Zam ke tanah air, terutama jika jemaah terbang menerusi lapangan baru di Jeddah.

"Beritahu jemaah minum puas-puas di sini..."

Video yang meraih 30.1 ribu tontonan itu merakamkan pesanan bahawa jemaah sudah tidak dibenarkan membawa pulang Air Zam Zam walaupon 5 liter. 

"Tadi nak bawa masuk tapi tak dibenarkan. Di lapangan terbang juga tiada penjualan air Zam Zam. Mungkin ini peraturan baru Arab Saudi. Jadi minumlah puas-puas di sini, sebab ianya barang terlarang..."

"Rezeki Allah yang bagi, kenapa nak berkira..."

Menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai yang meluahkan rasa sedih dan tidak puas hati dengan undang-undang tersebut.

Ada yang bersimpati dengan nasib orang lain yang tidak berpeluang ke Mekkah, namun teringin merasai Air Zam Zam.

"Seorang hanya boleh bawa 2 botol sahaja..."

Namun begitu, terdapat netizen yang memperbetulkan kenyataan berikut dengan mengatakan sebenarnya setiap orang boleh membawa pulang Air Zam Zam sebanyak 10 liter seorang bersamaan 2 botol.

Hal ini demikian kerana orang Malaysia yang suka membeli dengan banyak untuk dijual di sini.

"Banteraslah kes jual Air Zam Zam, bukan tak bagi terus..."

Ada pula netizen yang menyelar undang-undang yang dibuat dengan menggesa sindiket menjual Air Zam Zam dibanteras, bukan dengan cara tidak memberi peluang untuk bawa pulang air suci tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen