Jaguh lompat jauh Paralimpik 'off market', selamat bertunang dengan gadis pilihan hati

Jaguh sukan lompat jauh, Abdul Latif Romly berkongsi khabar gembira dengan memaklumkan bahawa kini dia selamat bertunang dengan gadis pilihan hatinya.

Atlet lompat jauh selamat bertunang

Perkara itu dikongsikan olehnya sendiri menerusi muat naik hantaran di laman Instagram dengan kapsyen ringkas dan sekeping gambar bersama tunangnya, Nabila Farhana.

 

"Alhamdulillah, one step closer. I love You."

Ucapan tahniah dari rakan seperjuangan

Dalam pada itu, ruangan komen turut dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa buat mereka berdua agar urusan berikutnya dipermudahkan.

"Tahniah Latif!"

 

 

 

Untuk rekod, atlet berusia 24 tahun itu baru sahaja menghadiahkan pingat emas buat Malaysia di temasya sukan Paralimpik Tokyo 2020 baru-baru ini. 

Namanya juga bukanlah asing lagi dalam kalangan peminat sukan lebih-lebih lagi selepas berjaya membawa kemenangan dan nama negara di persada dunia.

Apapun selamat bertunang, Champ. Moga ikatan pertunangan yang dibina berhujung dengan perkahwinan dan kebahagiaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen