"Ragu-ragu nak kerja dengan rakan lakon lelaki..." -Nadya Nissa

Oleh: Shasha Zack

Ekoran kes yang tular baru-baru ini, Nadiya Nissa tampil menyuarakan pendapatnya tentang segelintir pelakon yang masih tidak mempedulikan etika dan adab dalam bekerja.

Beliau berkata dalam satu temu bualnya bersama Gempak, tentang sikap sambil lewa oleh sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab dalam peranan masing-masing dalam sesebuah penerbitan karya.

"Saya akan sentiasa menyokong usaha kepada perkembangan kerja positif..."

Memetik kenyataannya daripada Gempak, Nadiya Nissa turut mengaitkan dengan situasi yang baru berlaku baru-baru ini sebagai sesuatu yang tidak beradab dan keterlaluan.

"Kes baru-baru ini telah membuka mata kita bahawa masih ada yang buta tentang soal adab dan etika bekerja."

"Saya ragu untuk berlakon dengan rakan lakon lelaki saya sekarang. Justeru itu, CoC harus diadakan segera untuk dibincangkan dan diusulkan pada pihak produksi yang sedang bekerjasama dengan saya dalam satu penggambaran sekarang."

 

Penubuhan Tatakelakuan bagi menjaga integriti industri hiburan tempatan

Untuk itu, Tatakelakuan akan ditubuhkan bagi melindungi dan menjaga integriti industri hiburan tempatan dengan sokongan daripada 29 syarikat, anggota gabungan 50 penggiat filem, TV dan penerbitan.

Tujuan utama penubuhan itu adalah merangkumi hal-hal diskriminasi, gangguan dan buli yang terjadi dalam industri hiburan. Kerjasama ini dijalankan bersama Gabungan Pelakon Berintegriti Malaysia (Iman) dan Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia (PPFIM).

"Kita akan pulihkan industri hiburan buat masa kini dan akan datang..."

Tidak ketinggalan, Bront Palarae turut memberikan sudut pandangannya dalam isu yang baru-baru berlaku ini. Beliau berkata lagi, demi mewujudkan suasana yang lebih beretika dan selamat, gerakan ikrat Tatakelakuan yang bakal ditubuhkan adalah inisiatif terbaik.

"Rasa marah dan kecewa gara-gara isu tular yang terpampang di media sosial. Apa yang lebih penting, kita akan gunakan isisiatif ini untuk memperbaiki industri pada masa akan datang..."

"Piagam yang diadaptasi daripada 'Code of Conducts & Standard Practice' ditetapkan oleh Five Arts Centre menjadi titik permulaan dalam usaha menjadikan industri hiburan kita lebih selamat dan beretika."

"Kami berharap agar Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan persatuan lain memberi sokongan serta bersama kami dalam menjalankan usaha ini."

Berharap agar Tatakelakuan diguna pakai dalam setiap urusan profesional...

Selain Nadiya Nissa dan Bront Palarae, antara selebriti lain yang terlibat adalah seperti Nam Ron, Datin Lisa Surihani, Jehan Miskin, Sofa Jane dan ramai lagi.

Penubuhan ini adalah bertujuan untuk memastikan pekerja menunjukkan integriti, sikap saling menghormati dan tingkah laku yang sopan sepanjang menjalankan tugas masing-masing.

Mereka juga mengesyorkan agar Tatakelakuan diguna pakai dalam setiap urusan profesional oleh semua pihak yang berkepentingan dalam industri seni tanah air.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen