Teruja berlari ingatkan nak peluk, kakak kecewa rupanya adik lebih 'excited' nampak ayah

Hubungan adik beradik itu diibaratkan bagai aur dengan tebing walaupun ada kalanya ia boleh bertukar menjadi bagai anjing dengan kucing.

Sehebat apapun pertelingkahan yang berlaku serta sejauh mana pun terpisah, lama-kelamaan pasti berbaik semula.

Gelagat dua beradik lepas 'discharge' jadi perhatian

Begitulah situasi yang dirakam oleh pengguna Tiktok bernama Cik Muniey. Dia yang juga merupakan seorang ibu ada memuat naik sebuah video yang menyaksikan gelagat dua orang anaknya.

 

Difahamkan, si adik baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital selepas dua hari ditahan. 

Namun, apa yang mencuri tumpuan apabila melihat reaksi kakaknya yang teruja bertukar hiba selepas adiknya berlari kerana ingin memeluk ayah, bukan dirinya.

"Auto peluk diri sendiri"

Menjengah pula ke ruangan komen, rata-ratanya tidak menyangka akan tindakan si adik, namun dalam masa sama tumpah rasa simpati juga melihat reaksi kakak apabila 'mood' nya dipotong begitu sahaja.

"Gurau kasar dik"

"Kakak sedia nak smackdown"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen