Dah deko cantik2 buat 'surprise picnic' untuk 'customer', sekali rupanya tersalah tarikh

Oleh: Shasha Zack

Perniagaan yang berasaskan surprise delivery, surprise bouquet dan terbaru surprise picnic bukanlah sesuatu yang asing lagi.

Semua ini dilakukan bagi menghargai ibu bapa, pasangan atau rakan yang kita sayangi dengan membuat pelbagai kejutan seperti yang dirancang.

Lain pula halnya dengan seorang wanita yang membuat perniagaan surprise picnic untuk menyambut anniversary pelanggannya.

"Assalamualaikum semua, nak dengar cerita sedih tak..."

@fieyka.andhika yang memuat naik sebuah video hasil tangannya, menceritakan bahawa dia tersalah tengok tarikh yang dijanjikan pelanggannya.

Persediaan rapi yang dibuat ternyata awal satu bulan dari yang telah dipersetujui. 

 

"Good marketing strategy"

Menjengah ke ruangan komen, sesetengah netizen menganggap video tersebut hanyalah bagi tujuan marketing.

"Yang dok kata ni marketing better minta maaf..."

Akibat ramai yang menyalah anggap akan video ini, seorang netizen yang juga adalah pelanggan sebenar telah muncul dan menerangkan keadaan sebenarnya hal ini memang terjadi dan bukan sekadar marketing

"Terjurai air mata akak, sedekah jelah..."

Terdapat juga netizen yang berkongsi pengalamannya menangis akibat tersalah tarikh juga.

Hal ini berlaku di mana dia telah menyiapkan pesanan pelanggannya dengan bajet 500 orang yang merupakan kerugian sangat banyak.

"Waw kreatifnya..."

Pon begitu, ramai yang memuji wanita ini atas kreativitinya yang menghasikan suasana yang sangat cantik dari suprise picnic yang dibuat. Ada juga berkata akan mencuba pakej wanita ini di masa akan datang.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen