"Kuman dalam darah makin mengganas..." - Maria Tunku Sabri

Oleh: Shasha Zack

Pengacara yang popular dengan program Jalan-Jalan Cari Makan, Maria Tunku Sabri telah mengumumkan pada umum bahawa beliau dijangkiti Covid-19 minggu lalu.

Terbaru, Maria telah memuat naik satu videonya yang sedang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

"Oksigen dan bacaan darah cantik, cuma kuman dalam darah semakin mengganas..."

Video yang mengundang sebak rakan artis tersebut menunjukkan Maria yang bercerita keadaan dirinya sambil terbatuk-batuk. 

Beliau melaporkan bahawa kadar oksigen dan bacaan darah yang direkodkan adalah dalam keadaan baik, namun kuman dalam darah semakin membiak.

"Kalau saya ada termakan dan terminum, harap halalkan..."

Dalam pada itu, Maria turut memohon agar semua mendoakan agar kesihatan beliau kembali pulih dan juga menyebut ingin pulang ke rumah seperti biasa.

"Maafkan saya sebab dah lama tak post apa-apa selama 6 hari ni. Saya nak tak larat. Letih sangat dan saya perlukan rehat yang banyak"

"Saya juga ingin memohon maaf kalau saya ada salah dengan sesiapa sahaja. Kepada yang menonton, tak kira ahli keluarga, rakan-rakan, minta halalkan semua yang pernah saya termakan atau terminum."

"Saya juga dah maafkan semua dan halalkan makan minum suami, anak, dan kawan-kawan. Sampai kita berjumpa lagi..."

"Stay strong sis.. You'll be fine..."

Ruangan komen telah dihujani dengan kata-kata semangat dan sokongan dari rakan artis dan pengikut di laman Instagramnya.

Mereka juga turut mendoakan kesihatan Maria Tunku Sabri kembali pulih seperti sediakala.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen