Ngorat suami lepas UPSR, isteri tak sangka berjodoh dengan musuh. -"Dia budak baru masa tu..."

Bercerita tentang cinta zaman sekolah, pasti ada yang berpandangan bahawa ia hanyalah kisah dongeng kerana mengenangkan banyak hubungan terputus selepas zaman itu berakhir.

Namun, lain pula kisah pasangan ini apabila tempoh perkenalannya yang bermula sejak zaman sekolah lagi berakhir dengan penyatuan di atas jinjang pelamin.

Ngorat suami lepas UPSR

Menurut dia yang dikenali sebagai Syazana Rosli, dia yang memulakan langkah mengorat suami sewaktu berusia 11 tahun. Tambahnya, ketika itu suaminya merupakan budak baru di sekolah.

"Suami berpindah ke sekolah saya ketika kami darjah enam. Tapi kami kelas berasingan. Kenangan masa mula-mula kenal, saya yang mengorat suami."

"Boleh sangkut sebab kami selalu gadus dan ejek-ejek nama. Biasalah budak-budak, selalu panggil nama mak ayah."

"Lepas tamat UPSR, baru saya luahkan perasaan. Masa tu, kami selalu balik sekolah jalan kaki sama-sama."

"Saya tanya suami pada waktu itu, hang suka siapa? Kemudian baru kami kawan rapat."

-Syazana-

Last putus cinta tingkatan 2

Dalam waktu sama, pasangan ini juga turut melalui suka duka dalam perhubungan sehingga pernah berpisah sekejap, namun kembali berbaik semula.

"Last kami putus waktu tingkatan dua, selepas itu dah tak ada dah. Habis sekolah, suami sambung belajar, lepas habis belajar dia kerja, kemudian baru plan kahwin."

-Syazana-

Sementara itu, suaminya juga pernah ditanya tentang tips hubungan kekal lama, tetapi dia cuma berkata ikut 'flow' sahaja. 

Sementara, Syazana pula percaya dengan konsep rezeki dan jodoh biarpun usia mereka baru mencecah 22 tahun.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen