Suami rajin jaga anak, isteri tak kisah beranak banyak kali

Oleh: Shasha Zack

Apabila sudah berkahwin, suami isteri hendaklh saling memahami dan bantu-membantu.

Begitulah bertuahnya seorang isteri yang berkongsi perihal suaminya yang rajin menguruskan anak mereka.

"Bila hang tahu beranak ja tapi anak suami yang jaga dari lahir..."

Video yang tular dimuat naik oleh @ciksuhaida_safwan merakamkan detik suaminya yang sedang melayan anaknya.

Video berdurasi 15 saat itu meraih tontonan sebanyak 26.7 ribu dari netizen yang kagum dengan layanan suaminya kepada anak mereka.

"Alhamdulillah suami macamni, sebabtu boleh pregnant lagi..."

Ruangan komen dibanjiri dengan sokongan para isteri yang bersetuju untuk mengandung lagi sekiranya suami mereka turut berkelakuan saling membantu dalam urusan anak.

 

"Rasanya kita patut masukkan modul suami mithali time kursus kahwin"

Ada juga netizen yang turut berseloroh dengan cadangan agar dimasukkan satu modul suami mithali sewaktu menghadiri kursus kahwin bagi bakal suami di luar sana.

"Rezeki tu sis..."

Terdapat juga netizen yang berkongsi pengalaman sama seperti wanita ini yang mana suaminya membantu dalam menguruskan rumah, makan dan kebajikan anak-anak sepanjang perkahwinan mereka.

"Semua suami buat, dia ambik tanggungjawab jaga anak..."

Susulan daripada komen netizen, wanita ini telah memuat naik satu lagi video yang menunjukkan karisma suaminya dalam memikul tanggungjawab menjaga anak mereka tanpa berkira sedikit pon.

Netizen yang menonton tidak menafikan bahawa suami wanita ini sememangnya suami idaman setiap wanita.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen