Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk menegur sekiranya saudara muslim kita berbuat sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama, lebih-lebih lagi apabila ia terkait dengan individu bergelar wanita.
Asma' Harun buat teguran terbuka
Di kesempatan itu, penceramah bebas Ustazah Asma' Harun turut tampil membuat teguran secara terbuka di laman Facebook miliknya tentang sikap segelintir wanita zaman moden ini.
Malu sikap wanita akhir zaman
Dalam kenyataannya, beliau meminta agar wanita Islam berhenti membuat sebarang aksi joget atau tarian samaada secara ringan atau berat kerana ia berkait rapat dengan aurat.
Sementara itu, Asma' Harun juga tidak gentar menasihati agar mereka (pembuat content) menghapuskan video berunsur demikian meskipun sudah menjadi tontonan umum kerana ia sesuatu yang memalukan.
Tinggalkan Komen