Hampir seminggu pasangan selebriti media sosial Maryam Younarae dan Ryzal Ibrahim menimang cahaya mata perempuan.
"Ikut mulut mommy."
Malah Maryam juga telah mendedahkan wajah anak sulungnya yang diberikan nama Rina itu mempunyai bentuk bibir yang hampir sama dengannya.
"Macam ni dah jadi bapa."
Dalam pada itu Ryzal juga berkongsi gelagat dirinya sebagai bapa baru yang dilihat tidak senang tidur menjaga puteri sulungnya.
Merangkak takut baby bangun.
Menerusi InstaStory Ryzal, dia berkongsi gelagat Maryam yang merangkak secara senyap bagi memastikan anaknya tidak terjaga dari tidur.
Bahkan, ketika Ryzal membuat bising dia juga telah di tegur Maryam dengan riak wajah yang marah kerana Rina sedang tidur ketika itu.
@ibusofea ♬ bunyi asal - sofeaaryshah
Untuk makluman, pasangan ini telah berkahwin pada 15 Ogos 2019. Pasangan itu mula dikenali apabila media tempatan kerap berkongsi mengenai Maryam yang memilih Islam sebagai pegangan hidup sebelum melangsungkan perkahwinan.
Tinggalkan Komen