Bapa merayu anak perempuan balik rumah - "Bukan anak 'homesick', bapa yang 'daughtersick'"

Oleh: Shasha Zack

Sejak beberapa minggu lalu, selaras dengan pengumuman kerajaan tentang rentas negeri, beberapa universiti telah dibuka semula seperti biasa.

Maka ramai pelajar yang telah pulang ke kampus meninggalkan rumah masing-masing.

Begitu juga halnya dengan seorang pelajar universiti yang menceritakan kisahnya berkenaan bapanya yang merinduinya walaupon baru 3 hari memasuki asrama.

"Teda nasi ka sana? Ahh susah begini..."

Video yang berdurasi 1 minit itu menunjukkan rakaman ruangan sembang di aplikasi Whatsapp antara pelajar tersebut dengan ayahnya.

Ayahnya yang begitu risau tentang keadaannya dan rutin pemakanannya kerap menyuruh pelajar berkenaan pulang dan menyatakan bahawa dia sanggup mengambil puteri kesayangannya itu.

"Clingy bha bapanya... comel..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen tentang 'kecomelan' bapanya yang tidak boleh berjauhan dengan anak kesayangannya.

"Teringat mama saya, bila jawab terus menangis-nangis..."

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman kemasukan mereka ke asrama. Malahan, ada ibu yang menangis apabila anak mereka menjawab hanya makan maggi di asrama.

"Semoga berjumpa lelaki yang jaga kau macam ayah jaga kau..."

Terdapat juga netizen yang memuji tingkah laku bapanya yang penyayang seterusnya mendoakan pelajar tersebut mendapat bakal suami yang boleh menjaganya sebagaimana dijaga oleh ayahnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen