"Saya pun pernah 'koyak' jaga anak..." - Dr Say akui tugas surirumah bukan mudah

Oleh: Shasha Zack

Baru-baru ini, tular tentang masalah depresi yang menimpa para ibu yang menjaga anak kecil sambil menguruskan rumah seharian.

"Argh lembik la.. mak aku teran 4 orang chill je..."

Namun, terdapat seorang individu yang mengundang marah netizen apabila dia mengeluarkan pendapat tentang video depresi wanita tersebut. Dengan kata-kata negatif yang dihamburkan telah mengundang pelbagai perspektif dan amarah terhadap individu ini.

"Betapa lancangnya mulut mamat yang komen ni..."

Justeru, Dr Say yang cakna akan isu ini telah terpanggil untuk mengulas dan menceritakan pengalaman beliau sepanjang membantu isterinya menjaga anak mereka.

Menurut posting yang dibuat di laman Instagramnya, doktor selebriti itu menganggap bahawa respons buruk yang lahir dari individu tersebut adalah sangat tidak bijak dan mungkin seorang yang mempunyai masalah rumahtangga.

Dr Say juga turut menegaskan betapa penatnya pengalaman tersebut malahan pernah terfikir untuk terus kerja mengikut waktu pejabat dan ingin terus outstation.

"Sebagai suami, saya sangat memahami emosi wife yang jaga anak..."

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen turut memberikan pendapat sama yang bersetuju akan penatnya seorang isteri dalam menguruskan anak-anak. Malahan turut mengecam para suami yang tidak menghargai isteri mereka.

"Thankyou so much dr for posting this..."

Terdapat juga para ibu yang berterima kasih atas posting yang dibuat oleh Dr Say seterusnya berkongsi pengalaman dalam menjaga anak mereka. Malahan, mereka terpaksa melepaskan kerjaya mereka demi menjaga anak-anak di rumah.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen