Ayah ketuk 'handphone' sampai berasap, netizen nasihat "Jangan buat macam tu, nanti anak jadi pendendam!"

Oleh: Shasha Zack

Sudah menjadi norma masyarakat kini belajar secara atas talian. Justeru masing-masing memerlukan gajet untuk memenuhi pembelajaran era baru ini.

Namun tular baru-baru ini melalui perkongsian satu video di Tiktok mengenai seorang bapa yang mengetuk telefon bimbit anaknya menggunakan penukul.

"Jangan salah faham ye.. cara didik anak..."

Video yang dikongsi semula oleh @luqmanhaziq124 itu menunjukkan rakaman seorang bapa yang dipercayai geram dengan anak-anaknya yang kerap bermain game dan membalas Whatsapp sepanjang masa.

"Dibelikan handphone mengharapkan jadi lebih rajin, tapi menjahanamkan..."

Meninjau pemilik sebenar video di Facebook, Bulan Marikh berkata tindakan 'gila'nya itu adalah atas sebab kekecewaannya terhadap anak-anaknya yang melanggar peraturan.

Dia juga menjelaskan, amarahnya bermula ketika 'menangkap' anaknya sedang sibuk membalas mesej Whatsapp di masjid.

"Berkali-kali dah diberi warning kerana ingkar arahan.."

Bapa kepada 6 orang anak itu juga menjelaskan bahawa anak lelakinya sudah berkali-kali melanggar arahannya supaya tidak menggunakan telefon bimbit setelah habis waktu pembelajaran.

Malahan dia juga menetapkan undang-undang agar anak-anaknya meletakkan semua telefon bimbit di atas meja pejabatnya sebelum mereka tidur.

"Jangan tanya kenapa anak taknak share masalah..."

Ruangan komen netizen dipenuhi dengan kecaman dan percanggahan pendapat dari netizen.

Mereka juga berpendapat bahawa tindakan ini bakal melahirkan anak-anak yang menjauhkan diri daripada ibu bapa.

"Anak akan ada sifat marah dan dendam..."

Terdapat juga netizen yang menyuarakan pendapatnya dengan mengatakan tindakan bapa tersebut akan melahirkan anak yang kuat memberontak dan berdendam kepada ibu bapa sendiri.

"Boleh slow talk tapi nak kasar kenapa..."

Segelintir netizen juga mempersoalkan tindakan bapa tersebut yang menggunakan kekerasan sedangkan jika dia menggunakan cara bercakap yang lembut, masalah pasti akan selesai jua malahan telefon bimbit tersebut juga terselamat dari rosak.

Namun begitu, setiap ibu bapa mempunyai cara didikan yang tersendiri. Semoga setiap ibu bapa yang mendidik anak mereka demi kebaikan akan dilimpahi keberkatan oleh Allah SWT.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen