Dua hari sebelum majlis lelaki minta putus, alasannya tak keluar muka dalam istikharah

Tindakan seorang lelaki memutuskan hubungan dengan kekasihnya menerima pelbagai kritikan dari wargamaya susulan mengenangkan alasan yang diberikan kepada pihak perempuan.

Lelaki minta putus dua hari sebelum kahwin

Perkongsian itu dapat dilihat menerusi hantaran Ain Najwa di Tiktok yang menyaksikan beberapa gambar tangkap layar perbualannya dengan lelaki terbabit yang juga merupakan tunangnya.

 

Difahamkan, lelaki itu mendakwa dalam solat istikharahnya selama 2 ke 3 hari ini terdapat wajah perempuan lain, bukan wajah Ain selaku tunangnya.

Minta maaf tak teruskan majlis

Hal itu juga mendorong dia berbuat keputusan untuk memutuskan hubungan dua hari sebelum majlis  mereka.

Namun, dia sempat meminta maaf sekiranya keputusan yang dibuat menyinggung pihak Ain kerana tahu ianya melibatkan maruah keluarga.

"Mende nak kahwin baru istikharah"

Menjengah pula ke ruangan komen, ramai yang mempersoalkan keikhlasan lelaki itu membuat istikharah sehingga ada yang beranggapan bahawa itu hanya helah untuk putus.

"Tinggi betul iman dia..."

 

"Alasan dia je tu..."

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen