Juliana Evans bongkar cara kerja production Malaysia - "Tibai selagi boleh..."

Oleh: Shasha Zack

Tular baru baru ini mengenai isu protes kru Hollywood yang meninggalkan set penggambaran kerana bekerja lebih masa.

Pelakon jelita tanah air, Juliana Evans telah menyuarakan pendapatnya mengenai isu yang tular ini di laman sosialnya.

"Malaysia? 16-20 jam tu normal.. Tibai selagi boleh..."

Menerusi posting story Juliana Evans di Instagram, beliau telah membongkar keadaan produksi Malaysia yang melayan pelakon mereka dengan lebih teruk lagi. Jika di Hollywood baru 12-13 jam sahaja sudah memercik api kemarahan, di Malaysia lebih parah dengan 16-20 jam waktu kerja.

"Dah lama nak cakap pasal isu ni sebenarnya..."

Manakala di Twitter @juliana_evans, juga telah menulis isu yang sama dengan posting di Instagramnya. Namun, hasrat untuk membincangkan tentang isu kerja lebih masa ini memang tidak pernah kesampaian gara-gara ada sahaja perkara yang menghalangnya.

"Actors can't speak up most of the time"

Terdapat netizen yang mengajukan soalan mengenai hak pelakon dan pada siapa mereka perlu rujuk jika berlaku sesuatu perkara. Namun begitu, Juliana yang kecewa dengan keadaan tersebut menjawab bahawa tiada satu perbadanan pon yang ditubuhkan untuk melindungi hak pelakon.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen