Orang perempuan dan kasut tumit tinggi memang tak boleh nak berpisah. Mana tidaknya, segelintir mereka ini rasa lebih yakin apabila mengenakan kasut jenis itu.
Bagaimanapun, keadaa-keadaan seperti kaki melecet atau sakit memang tidak dapat dielakkan tapi beruntung sangat kalau masa itu ada penyelamat.
Kaki melecet dapat kasut baru.
Itulah yang dilalui seorang gadis yang dikenali sebagai Aisha Azman ini apabila meluahkan rasa syukur apabila tunangnya menjadi penyelamat saat kakinya melecet kerana memakai kasut tumit tinggi.
Lebih tersentuh lagi apabila bakal suaminya itu terus mengajak ke sebuah kedai kasut dan membelikan sepasang kasut yang lebih selesa kerana tidak tahan melihat dirinya menahan sakit.
“Kaki melecet pakai heels. End up dia heret masuk kedai kasut. ‘Tak sanggup tengok awak tahan sakit’.. my heart…,” tulisnya dalam video tersebut.
Susulan dari perkongsian itu, rata-rata netizen memuji lelaki berkenaan selain turut merasakan gadis tersebut bertuah kerana menemui seseorang yang menyayanginya.
Lepasni kena pakai 'heels'
Untungnya ada orang sayang
Tinggalkan Komen