Seiiring dengan kemajuan teknologi, percaya atau tidak bertemu dengan pasangan juga boleh dilakukan secara atas talian.
Dalam waktu sama, berkenaan dengan cara berkomunikasi juga tiada masalah sebenarnya, asalkan niat mereka ikhlas untuk berkenalan dan saling percaya meskipun berjauhan antara satu sama lain.
Pasangan PUBG bersemuka lepas 11 bulan kenal
Begitulah juga yang dilalui oleh pasangan ini. Menerusi perkongsian Girin, dia berpeluang untuk bertemu seorang lelaki yang dikenalinya di dalam permainan video (PUBG).
Difahamkan, usia perkenalan mereka sudah memasuki 11 bulan dan bersepakat untuk bertemu secara dua muka pula.
Muka lelaki nampak teruja
Dalam hantaran tersebut, lelaki berhoodie warna merah itu terlihat teruja melihat pasangan PUBG-nya buat pertama kali meskipun sebahagian wajahnya ditutupi pelitup muka.
Susulan perkongsian, video tersebut meraih lebih 250 ribu tanda suka selain membanjiri ruangan komen dengan pelbagai respon masing-masing yang juga meluahkan rasa teruja, namun tak kurang juga yang menegur wanita berkenaan agar lebih berhati-hati dengan perkenalan secara atas talian ini.
Tinggalkan Komen