11 bulan kenal dalam 'game', lelaki nampak teruja akhirnya dapat jumpa 'partner' atas talian

Seiiring dengan kemajuan teknologi, percaya atau tidak bertemu dengan pasangan juga boleh dilakukan secara atas talian.

Dalam waktu sama, berkenaan dengan cara berkomunikasi juga tiada masalah sebenarnya, asalkan niat mereka ikhlas untuk berkenalan dan saling percaya meskipun berjauhan antara satu sama lain.

Pasangan PUBG bersemuka lepas 11 bulan kenal

Begitulah juga yang dilalui oleh pasangan ini. Menerusi perkongsian Girin, dia berpeluang untuk bertemu seorang lelaki yang dikenalinya di dalam permainan video (PUBG).

 

 

Difahamkan, usia perkenalan mereka sudah memasuki 11 bulan dan bersepakat untuk bertemu secara dua muka pula.

Muka lelaki nampak teruja

Dalam hantaran tersebut, lelaki berhoodie warna merah itu terlihat teruja melihat pasangan PUBG-nya buat pertama kali meskipun sebahagian wajahnya ditutupi pelitup muka.

Susulan perkongsian, video tersebut meraih lebih 250 ribu tanda suka selain membanjiri ruangan komen dengan pelbagai respon masing-masing yang juga  meluahkan rasa teruja, namun tak kurang juga yang menegur wanita berkenaan agar lebih berhati-hati dengan perkenalan secara atas talian ini.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen