Diekori lelaki tak dikenali, gadis jerit minta tolong tiada yang peduli

Sejak semalam tular akan video seorang gadis berdepan detik cemas dipercayai diganggu seorang lelaki ketika menunggang basikal di sebuah taman perumahan di Taman Ibukota Setapak pada waktu malam.

Diekori lelaki tak dikenali.

Menerusi beberapa buah video yang dikongsikan di platform TikTok, mangsa yang dikenali sebagai @psychomoonchildbuddy mendedahkan dirinya diekori seorang lelaki yang menunggang motosikal.

@psychomoonchildbuddy

Was just riding a bicycle to exercise & developing new hobby but this creepy dude been following me everywhere i go 🙄🙄🙄🙄🙄

♬ original sound - psychomoonchildbuddy

“Bersenam dengan menunggang basikal sebagai hobi baru tapi lelaki yang menakutkan ini telah mengekori kemana saja saya pergi,” tulis mangsa.

Jerit tak ada yang tolong.

Takut akan keadaan berkenaan, gadis tersebut bertindak menjerit meminta pertolongan bagaimanapun kejiranan di kawasan tersebut hanya melihat kejadian itu di pagar mereka.

“Jerit macam nak mati kat situ orang keluar rumah tapi tengok je daripada dalam pagar...”

Siap lukis bagi penjelasan.

Bagi menjeleskan keadaan sebenar, gadis berkenaan turut melukis bagaimana tiba-tiba dia menyedari lelaki berkenaan mengikuti dan menganggu dirinya.

Dah buat report polis.

Mangsa juga menjelaskan bahawa dia telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut dan mengambil pengajaran dari apa yang berlaku.

Sehubunagn dengan perkongsian itu, rata-rata warganet terutama wanita mengakui bahawa situasi berkenaan agak menakutkan. Malah, mereka turut menasihati mangsa supanya tidak berseorangan pada waktu malam kerana bimbang perkara sebegini terjadi lagi.

Berani akak ni

Nasib baik tak terus balik

Lain kali jangan main basikal malam

Jiran tak ada fungsi

Anda masih keseorangan?

1,039,192 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen