Gadis tunggu kehadiran ayah di kaki lima buat ramai sebak - "Bila mak ayah kau 'divorced', beginilah..."

Oleh: Shasha Zack

Setiap keluarga yang dibina pastinya menginginkan keharmonian dan kebahagiaan sebagai pengakhirannya.

Namun begitu, tidak semua orang bernasib baik. Ada yang terpaksa berhadapan dengan masalah seperti penceraian, penderaan dan sebagainya.

Begitulah yang dirasai oleh seorang gadis di Tiktok tentang hidupnya dengan ibu bapa yang telah bercerai.

"Yang faham tu faham la..."

Menerusi perkongsian @nrshidh_ di Tiktok, dia merakamkan detik menunggu ayahnya untuk dibawa pulang ke rumah. 

Memandangkan ibu bapanya telah bercerai, dia tinggal bersama ibunya dan hari tersebut merupakan giliran untuk pulang ke rumah ayahnya.

"My parents divorced, my mom passed away..."

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut berkongsi nasib yang sama dengan gadis ini.

Ada juga yang menceritakan keadaan keluarganya yang telah bercerai malahan ibunya pula telah meninggal dunia.

"My parents masing-masing dah ada family baru..."

Ada juga perkongsian dari netizen yang menceritakan setelah penceraian ibu bapanya, mereka masing-masing telah membina hidup baru. Namun begitu hanya tinggal bersama abang dan kakak iparnya.

"Hope you all doing fine..."

Tidak ketinggalan netizen yang menumpang sedih dan simpati terhadap mereka yang menghadapi masalah broken family.

Malahan, beberapa netizen turut mendoakan agar sesiapa yang mengalami masalah keluarga untuk kekal tabah dan kuat dalam meneruskan hidup.

"Hurts inside..."

Netizen yang lain turut menjelaskan perasaan yang terluka akibat ibu bapa yang bercerai. 

Penceraian ibu bapa sememangnya menjadikan anak-anak hidup dalam keadaan yang sedih dan merasa terabai. Malahan mereka akan sentiasa dahagakan kasih sayang dari ibu bapa sendiri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen