"Saya menangis kuat2..." - Anak bongsu Mamat Khalid sebak tak sempat tatap wajah terakhir ayah

Oleh: Shasha Zack

Berita pemergian Allahyarham Mamat Khalid pada 24 Oktober lalu memberi kesan duka yang sangat dalam buat rakyat Malaysia.

Satu-satunya permata hati tak sempat jenguk jenazah

Baru-baru ini, isteri kepada allahyarham, Hasmah Hassan telah mendedahkan bahawa puteri bongsunya Ann Khalid adalah satu-satunya ahli keluarga yang tidak sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir.

"Bila dapat tahu, dia menangis terlalu kuat..."

Menerusi Astro Gempak, Hasmah memaklumkan bahawa anak perempuan mereka Ann Khalid atau mesra disapa Baby sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom (UK).

"Anak perempuan kami, (Baby) kini berada di UK dan sedang melanjutkan pelajaran di sana dan satu-satunya yang tak sempat jenguk jenazah."

"Bila dapat tahu, dia menangis terlalu kuat sampai orang sekeliling terkejut. Polis pon datang"

"Baby baru setahun belajar di sana dan dia tahu berita tentang Mamat pon melalui media sosial sebab ketika saya call dia tengah buat kerja part time"

"Saya agak tertekan tetapi saya harap berikan saya sedikit waktu..."

Menurut Gempak lagi, Ann Khalid telah memuat naik satu perkongsian di laman Instagramnya dengan memberitahu keadaan dirinya yang bersedih atas kehilangan bapa.

"Saya takperlu jelaskan apa-apa bagaimana saya berdepn dengan kehilangan bapa. Saya tahu ramai yang ambil berat mengenai saya cuma saya perlukan ruang untuk sendiri."

"Saya agak tertekan untuk membalas semua yang cuba menghubungi saya tetapi saya berharap dapat berikan saya sedikit waktu."

Bersyukur ramai yang menyayangi bapanya

Tambah Ann lagi, dia bersyukur kerana ramai yang menyayangi arwah bapanya seperti mana dia.

"Saya gembira berkongsi kasih sayangnya bersama kalian. Dan itu bermakna bukan saya seorang sahaja yang merasa kehilangannya."

Berterima kasih atas tahlil di Norwich

Puteri bongsu kepada pengarah tersohor itu juga turut menzahirkan penghargaan buat rakan-rakannya di Norwich atas kebaikan mereka sudi membuat bacaan tahlil buat bapanya.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen