Hubungan 7 tahun sia-sia, teman lelaki kahwini kakak sebab adik belum sedia

Zaman bercinta ini memang banyak rintangannya. Mereka terdedah dengan pelbagai ujian yang mampu menggugat kesetiaan serta keikhlasan pasangan sepanjang perkenalan.

Hubungan 7 tahun sia-sia

Justeru itu, tidak perlulah terburu-buru berbuat keputusan untuk berpisah sekiranya menghadapi masalah kerana jika seseorang itu ikhlas, dia takkan bertindak seperti yang dilakukan oleh pemuda ini.

 

 Hanya sebab belum sedia kahwin

Dalam perkongsian @Prisug, dia meluahkan kekecewaannya apabila hubungan 7 tahun bersama kekasih hati berantakan gara-gara desakan keluarga pihak lelaki yang meminta agar perkahwinan disegerakan.

Namun, mengenangkan dirinya yang masih muda dan anak bongsu dalam keluarga, jelas dia belum bersedia dan mustahil untuk dia melangkau kakak dan abangnya yang belum berkahwin.

 

Kecewa teman lelaki lamar kakak 

Keterdesakan sekeliling akhirnya lelaki itu melamar kakak kekasihnya pula dan siapa sangka, hubungan mereka mendapat restu dari kedua-dua belah pihak.

Difahamkan, pada awalnya lamaran tersebut tidak dipersetujui oleh abangnya, namun tiada dayanya untuk menentang keputusan orang tua yang masih hidup dan sihat akalnya.

 

 

"Sedihnya, harap kuat..."

Susulan perkongsian, ramai tidak menyangka sebegitu tragis kisah percintaannya kerana ia saling tak tumpah seperti 'gunting dalam lipatan', lebih-lebih lagi mengenangkan tindakan si kakak yang juga rela hati menerima lamaran kekasih adiknya.

"Sumpah tak selesa..."

"Pindah rumah je..."

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen