Keruntuhan rumah tangga disebabkan orang ketiga makin membimbangkan ketika ini.
Walaupun rata-ratanya memperuntukan alasan sendiri untuk berbuat demikian, lalu bagaimana pula perasaan anak-anak melihat kekacauan yang terjadi antara ibu bapa mereka dan ia pastinya memberi impak yang besar dalam kehidupan akan datang.
Anak tenang lepas ayah kantoi curang
Namun begitu, lain pula kisahnya yang terjadi kepada anak ini apabila dia kelihatan tenang sahaja melihat video ayahnya bermesra dengan wanita lain.
Dalam hantaran itu, dia juga sempat memberhentikan permainan videonya untuk menghubungi si ayah selepas disuruh oleh pemilik akaun bernama fallatehan ini.
Skandal ayah padam video
Selepas video tersebut tular, akaun Tiktok wanita terbabit diserang warga netizen kerana ingin melihat video penuhnya, namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila dia terlebih dahulu membuangnya.
Tinggalkan Komen