Persis anak dara, itulah kata-kata yang sering dikaitkan dengan pelakon Datin Seri Maria Farida yang cukup terkenal dengan kecantikannya.
Meskipun sudah mencecah usia 52 tahun, pemilik nama Maria Farida Atienza itu masih terlihat muda dan juga bertenaga.
Kecantikan yang dimiliki pelakon itu pastinya menjadi teka teki para pengikut Instagram miliknya yang ingin tahu rahsia diamalkan oleh Maria Farida.
Menerusi soalan yang diterima pelakon berkenaan di InstaStory miliknya pastinya cuba mencungkil rahsia akan penjagaan tubuh, rambut dan kulit kerana Maria tidak terlihat seperti orang diusianya.
“Segalanya tentang minda. Jika kamu berada muda dan gembira, ia akan terlihat pada penampilan kamu. Sebab itu kamu perlu sentiasa berpandangan positif dalam hidup dan jangan benarkan perkara negatif memasuki hidup kamu.”
“Jaga kesihatan, jangan merokok, selalu menjadi baik dan jangan mengumpat.”
Untuk makluman Maria berkahwin dengan ahli perniagaan, Rahman Shakur pada November 2015 dan memiliki tiga orang cahaya mata.
Tinggalkan Komen