Mungkin tak perasan, penunggang motosikal terlanggar polis trafik sedang bertugas

Sejak awal pagi tadi telah tular sebuah video yang menyaksikan kemalangan kecil melibatkan penunggang motosikal dan anggota polis trafik yang sedang menjaga jalan.

Penunggang motosikal terlanggar polis trafik

Detik kejadian telah dimuat naik di media sosial dan telah menjadi bualan dalam kalangan wargamaya susulan mengenangkan nasib kedua-dua mereka di tengah kesesakan itu.

Dalam video berdurasi 29 saat itu, penunggang motosikal dilihat cuba menukar lorong sebaik sahaja keluar dari sebuah jalan berselekoh sebelum terlanggar anggota polis trafik yang sedang berdiri tengan kesesakan.

Anggota terjatuh bersama motor

Susulan insiden, anggota berkenaan terjatuh bersama-sama dengan motosikalnya dan juga topi keledarnya.

Walaubagaimanpun, keadaan semasa berhubung kejadian masih tidak diketahui, moga menjadi iktibar buat pengguna jalan raya yang lain juga.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen