Lepas setengah jam menunggu, lelaki selamba masuk dapur kedai bancuh air sendiri

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila dah lapar menunggu makanan yang dipesan lambat sampai sememangnya menimbulkan situasi tegang. Lebih-lebih lagi kalau kedai berkenaan tidak ramai pelanggan.

Lama sangat tunggu air.

Menerusi satu perkongsian di TikTok oleh @aethesticoler memaparkan seorang lelaki masuk ke dapur sebuah kedai makan dan membancuh air minuman yang dipesannya sendiri.

@aethesticloner

aku dengan barainya, tak tidur sehari, penat balik kerja, memang hyper teruk la 🤣 #fyp #viral2021 #xyzbca #tiktokmalaysia #berandatiktok #lawakmalays

♬ original sound - urlilboy

 

Dalam rakaman video berdurasi satu minit itu dapat dilihat seorang lelaki dengan selamba membacuh air kemudian menghidang air tersebut di meja rakan-rakannya.

Siap pulang dulang lagi.

Rakan-rakannya yang terhibur akan gelagat lelaki yang begitu bersahaja menghidang air minuman sebelum kembali ke dapur memulangkan dulang seperti perkerja di kedai berkenaan.

Difahamkan, lelaki berkenaan bersama rakannya itu telah menunggu hampir setengah jam namun pesanan mereka masih belum dihantar ke meja membuatkannya tidak berfikir panjang lagi.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata warganet terhibur akan gelagat lelaki berkenaan selain memahami situasi tersebut.

Dia punya berdikari tu

Berguna betul member ni

Kalau orang lain dah marah

Nanti dia lap meja pulak

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen