Berselera teguk botol kicap sambil main telefon, gelagat si sulung bikin bapa pening

Gelagat kanak-kanak sering menjadi perhatian. Bukan apa, setiap tingkah lakunya yang bersahaja membuatkan kita mampu tergelak sendiri, maklumlah orang kata sel otak tengah aktif bersambung ketika itu.

Gelagat anak sulung bikin pening

Begitulah juga yang dialami oleh Atu Zero sebagai seorang bapa yang mana perkongsiannya ada dimuat naik di laman Instagram tentang anak sulungnya, Sumayyah.

 

 Selamba teguk kicap macam susu

Dalam video pendek itu, dia saja merakam anaknya secara senyap dari dalam rumah kerana ingin melihat apa yang dilakukan olehnya seorang diri di laman.

Namun, alangkah terkedunya dia apabila melihat si anak selamba meneguk botol kicap sambil bermain telefon. Dia punya berselera tu persis macam sedang minum susu.

"Ingatkan air ribena"

Menjengah ke ruangan komen, pada awalnya ramai yang beranggapan bahawa itu adalah air di dalam botol tetapi setelah diamati secara jelas rupanya memang benar memang kicap.

"Aduii masinnya..."

 

"Boleh telan gitu je"

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen