Isteri luah sunyi lepas kahwin, suami sibuk dengan kerja dan 'game' sampai pagi

Kehidupan berumah tangga itu memang seronok, lebih-lebih lagi apabila berpasangan dengan seseorang yang amat kita cintai.

Namun, dalam menelusuri bahtera rumah tangga, tiada siapa tahu ujian yang akan dihadapi bersama pasangan sehingga ada yang kecundang di pertengahan jalan.

Suami sibuk dengan kerja dan 'game'

Lain orang lain ujiannya termasuklah seperti yang terjadi kepada rumah tangga wanita ini yang mana perkongsiannya di Tiktok telah menjadi ribuan tontonan sekaligus dibanjiri dengan pelbagai respon di ruangan komen.

 

 

 

Menurutnya, kehidupan selepas berumahtangga itu terasa sangat sunyi, lebih-lebih lagi selepas perlu berjauhan dengan orang tua.

Sementara itu, sang suami pula asyik sibuk dengan kerja dan meneruskan rutinnya dengan bermain permainan video hingga lewat pagi.

Netizen kongsi pandangan

Susulan itu, mereka jarang berkomunikasi kerana suaminya lebih banyak berbual dengan kawan-kawan berbanding dengan isteri sendiri.

Walaubagaimanapun, perkongsian itu bukanlah ingin menakut-nakutkan mana-mana pihak sebaliknya hanya ingin meluah rasa dan nyata, ramai juga yang memberi pandangan masing-masing berhubung keadaan wanita itu.

"Kena bawa bincang..."

"Komunikasi adalah kunci"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen